Friday, September 18, 2009

Masalah Penyadbiran UPSI masih lemah..Pelajar atau pihak pentadbiran UPSI. Yang mana harus dipersalahkan?

Isu lewat membayar elaun pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini dipersoalkan seorang pengirim e-mel yang dipercayai pelajar semester 7.

Beliau yang menyampaikan rasa kecewa dengan sistem pentadbiran di UPSI menulis bagaimana kesalahan dan kecuaian pelajar diambil tindakan dengan mengenakan pelbagai denda seperti yang dialaminya kerana lewat mendaftar praktikal beberapa minggu lalu atas alasan mahu mendisiplinkan pelajar namun tidak pula diamalkan oleh pihak pentadbiran di UPSI.

Beliau mengambil contoh bagaimana pihak Bendahari yang lewat dalam menguruskan pembayaran elaun pelajar DPLI dalam memperkatakan isu yang diutarakan.

Ikuti pandangan beliau dalam kiriman yang dihantar ke upsikini@gmail.com.


SUNBER : http://upsikini.blogspot.com/

Pelajar UPSI ditipu pelajar yang menguruskan bas ekpress untuk balik raya...

Kira-kira 200 mahasiswa di Kolej Aminuddin Baki (KAB) dan Kolej Za’ba (KZ) terkandas apabila bas yang dijanjikan untuk membawa mereka ke Kota Bharu tidak muncul. Mereka yang dijadual bertolak pada jam 8.30 malam ini dikatakan telah tertipu dengan membeli tiket bas catar yang diuruskan oleh seorang pelajar di sini.

Menurut sumber, pelajar yang menguruskan bas terbabit dikenali sebagai Suhaimi, orang kuat Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) telah ditipu orang tengah yang menjanjikan 5 buah bas untuk membawa pelajar terbabit pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Dilaporkan hampir RM 20,000 lesap hasil dari kutipan tiket sebanyak RM 94 daripada 200 pelajar untuk perjalanan dua hala.

Melihat reaksi dari kejadian tersebut, rata-rata pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar semester satu. Tinjauan UPSIkini ke tempat kejadian mendapati mereka yang terlibat berasa terkilan dan marah dengan apa yang berlaku.

Kelihatan juga beberapa pelajar menangis sebaik sahaja mengetahui mereka ditipu apabila bas yang sepatutnya mereka naiki malam ini tidak muncul-muncul.

Seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad yang berang dengan apa yang berlaku berkata beliau dan rakan-rakannya begitu kecewa dengan apa yang berlaku dan tidak menyangka perkara sebegini berlaku kepadanya meskipun sering mendengar perkara sedemikian berlaku dalam berita-berita di televisyen dan akhbar apabila menjelang hari raya.

”Nak kata marah tu memang marah la...Selalu dengar dalam tv orang yang kena, kali ini tak sangka kami pula yang kena”, katanya.

Seorang pelajar perempuan yang ditemui pula menangis memikirkan bagaimana untuk pulang berhari raya yang dijangka disambut Ahad ini.

”Wang dah lesap, tak tahu macam mana nak balik, duit dalam bank pun tak cukup nak beli tiket lain, jadi terpaksa juga pinjam ngan kawan tapi itu kalau ada lagi bas, kalau dah tak ada bas macam mana”,katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan KAB turut turun ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku di samping menenangkan pelajar dan cuba mencari jalan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Dalam pada itu, mereka dikatakan telah dijanjikan bas pulang pada esok sekitar jam 2.30 petang. Namun, sumber mengatakan mereka tetap perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan tiket bas tersebut

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pro Kebajikan, saudara Mohd Zulhilmi Mohd Noor yang turut hadir ke tempat kejadian dilaporkan akan mengambil tindakan segera memaklumkan perkara tersebut ke bahagian pengangkutan UPSI bagi mendapatkan bas untuk membantu pelajar yang terbabit pulang.

”Kita memandang serius masalah ini dan akan menghubungi pihak pengangkutan UPSI untuk membantu mereka pulang ke kampung masing-masing dan dalam keadaan begini saya harap pihak universiti dapat memberi bantuan sewajarnya”,jelasnya.

Berikutan itu , satu laporan polis telah dibuat dan dilaporkan pihak polis telah hadir ke tempat kejadian sekitar jam 12.30 malam tadi untuk mengambil keterangan.

SUMBER: http://upsikini.blogspot.com/

Thursday, September 17, 2009

40, 000 dos vaksin H1N1 tiba akhir bulan dpn...

Sebanyak 40,000 daripada 400,000 dos vaksin Influenza A(H1N1) yang ditempah Kementerian Kesihatan dijangka tiba di negara ini akhir bulan depan, kata Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, vaksin tersebut akan diedarkan secara sama rata, namun disebabkan dos yang terhad kementerian akan mendahulukan golongan barisan hadapan seperti doktor dan jururawat selain golongan berisiko tinggi seperti ibu mengandung serta kanak-kanak.

Baki 360,000 dos vaksin pula akan tiba awal Januari tahun depan, katanya.

Liow berkata, kesemua vaksin itu yang bernilai RM14 juta diperoleh daripada syarikat farmaseutikal, GlaxoSmithKline (GSK) yang berpusat di United Kingdom.

Bagaimanapun, katanya kementerian yang sedang dalam proses tempahan vaksin peringkat kedua sedang meneliti beberapa inisiatif dan pengeluar lain bagi mendapatkan harga dan kualiti terbaik.

“Kami perlu membuat tempahan awal dan kami sedang mencari kualiti yang terbaik.

Kami berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumber termasuk dari China dan Taiwan supaya jika berlaku kecemasan, kami dapat memperoleh lebih banyak vaksin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Komuniti Orang Asli Sungai Gapoi di sini malam tadi.

Sumber: Utusan Malaysia, 17 September 2009.

Tuesday, September 15, 2009

Subjek PENDIDIKAN SEKS di sekolah?

GENTING HIGHLANDS 31 Ogos - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangannya kepada kerajaan dalam tempoh terdekat supaya subjek berhubung pendidikan seks di sekolah rendah dan menengah diwujudkan secara lebih formal dan serius.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terlebih dahulu bagi mendapatkan kerjasama mengenainya.

"Seterusnya, saya akan mengemukakan cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet bagi menerangkan kesan baik pendidikan seks kepada golongan muda terutamanya remaja.

"Pendidikan seks berkenaan pernah diusahakan kerajaan sebelum ini, namun ia tidak mendapat sokongan pelbagai pihak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Ambang Merdeka 2009 sempena Hari Kemerdekaan ke-52 di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad, Datuk Anthony Yeo.

Ahmad Shabery berkata, pendidikan seks di kalangan pelajar adalah penting bagi membantu mereka memahami proses pembiakan manusia.

"Mengejutkan apabila ada individu berusia 19 tahun, tetapi langsung tidak tahu apa itu seks dan kesan baik atau buruk aktiviti itu.

"Namun, pendidikan seks ini apabila diwujudkan, perlu dibuat menyeluruh dan maksimum supaya pelajar menerima maklumat lengkap," katanya.

Menurut beliau, pendedahan secara tidak menyeluruh atau terlalu minimum akan mengujakan perasaan ingin tahu yang akhirnya membuatkan pelajar bertindak mencubanya.

Pada masa yang sama, katanya, kajian menyeluruh perlu dibuat terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan termasuk mengetahui tajuk yang sesuai, skop pendidikan dan tenaga pengajar.

Tambahnya, kebanyakan ibu bapa tidak mahu pendidikan seks dilaksanakan bukan kerana berniat menolaknya secara terus.

Tetapi, jelas beliau, mereka bimbang kesan buruk pengajarannya di samping kegagalan pihak tertentu menerangkan bentuk pendidikan seks yang akan diajar.

Gagal PMR, ulang semula Tingkatan 3.....

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Seorang tokoh pendidikan menyarankan supaya pendekatan mengulang tingkatan dilaksanakan semula terhadap pelajar tingkatan tiga yang gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding membenarkan mereka naik ke tingkatan empat secara automatik.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, perkara tersebut merupakan cadangan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan selain membenarkan pelajar meneruskan pelajaran dengan mengambil mata pelajaran vokasional.

''Ia untuk mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga dan kewangan dalam sistem pendidikan negara," jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas surat pembaca di ruangan forum akhbar ini yang meminta kerajaan mengkaji semula dasar yang membenarkan pelajar naik ke tingkatan empat biarpun gagal dalam PMR.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Annuar Syed Mohamad pula berkata, pihaknya memang tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pelajaran melonggarkan syarat ketat untuk naik ke tingkatan empat sebelum ini.

Katanya, sudah tiba masanya sistem itu diteliti semula bagi membolehkan proses penilaian sebenar dilakukan terhadap pelajar.

''Pelajar PMR yang gagal tidak boleh dipaksa naik ke tingkatan empat untuk mengambil mata pelajaran yang tidak diminati kerana ia membuang masa mereka sahaja.

''Sebaliknya, beri pilihan dan peluang kepada pelajar untuk mengikuti mata pelajaran berasaskan kemahiran di sekolah vokasional,'' ujarnya.

Menurut Syed Annuar, memang tidak dinafikan golongan pelajar tersebut juga boleh mendatangkan masalah kepada sekolah, oleh itu kajian segera dasar itu perlu dilakukan demi menjana pembinaan modal insan.

Pandangan sama turut disuarakan oleh tokoh pendidikan, Tan Sri Ainuddin Wahid yang berpendapat kerajaan perlu melihat dan mengkaji semula dasar tersebut.

''Sesebuah sistem peperiksaan diadakan adalah untuk menilai kemampuan dan tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari,'' ujarnya.

Beliau berkata, tidak perlu diadakan peperiksaan sekiranya pelajar hanya mengambilnya tanpa mahu menguasai mata pelajaran tersebut dan sekadar melengkapkan syarat untuk naik tingkatan.

Bantal, selimut kegemaran kuman

TEMPAT tidur merupakan ruang istirehat buat semua orang bagi melepaskan kepenatan selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti. Namun, sejauh manakah ia dipastikan selamat, khususnya dari segi kebersihan?

Sama ada kita sedar atau tidak, kelengkapan tidur seperti bantal, selimut serta cadar merupakan tempat pembiakan sejenis kuman iaitu Dermatophagoides pteronyssinus.

Menurut penulis buku The Secret Life of Germs, Philip Tierno, 10 peratus daripada berat bantal adalah disumbangkan oleh bakteria tersebut yang terhasil daripada debu, sel mati, rambut, peluh, tungau dan pelbagai kotoran lain.

Secara tidak langsung, kuman tersebut akan meningkatkan risiko alahan dan asma terhadap penggunanya.

Pil multivitamin bawa keburukan



SEBAHAGIAN besar pengguna sebenarnya tidak memerlukan pil multivitamin.


PENGAMBILAN pil multivitamin di kalangan jutaan penduduk dunia adalah langkah sia-sia kerana ia sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan kepada kesihatan.

Menurut bekas penasihat pemakanan kerajaan Britain, Brian Ratcliffe, sejumlah RM3.6 bilion dihabiskan dalam pengambilan multivitamin setiap tahun yang sebenarnya sihat dan tidak memerlukan pil tersebut.

Jelasnya lagi, antara keburukan pengambilan pil tersebut seperti minyak ikan sebagai multivitamin ialah ia mampu meningkatkan fenomena tulang rapuh pada masa akan datang kerana pengambilan vitamin A secara berlebihan tanpa disedari.

Kebanyakan pengguna mengambil pil multivitamin kerana kebimbangan tidak berasas terhadap kesihatan mereka serta dipengaruhi oleh iklan pihak farmasi.