Friday, September 18, 2009

Masalah Penyadbiran UPSI masih lemah..Pelajar atau pihak pentadbiran UPSI. Yang mana harus dipersalahkan?

Isu lewat membayar elaun pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini dipersoalkan seorang pengirim e-mel yang dipercayai pelajar semester 7.

Beliau yang menyampaikan rasa kecewa dengan sistem pentadbiran di UPSI menulis bagaimana kesalahan dan kecuaian pelajar diambil tindakan dengan mengenakan pelbagai denda seperti yang dialaminya kerana lewat mendaftar praktikal beberapa minggu lalu atas alasan mahu mendisiplinkan pelajar namun tidak pula diamalkan oleh pihak pentadbiran di UPSI.

Beliau mengambil contoh bagaimana pihak Bendahari yang lewat dalam menguruskan pembayaran elaun pelajar DPLI dalam memperkatakan isu yang diutarakan.

Ikuti pandangan beliau dalam kiriman yang dihantar ke upsikini@gmail.com.


SUNBER : http://upsikini.blogspot.com/

Pelajar UPSI ditipu pelajar yang menguruskan bas ekpress untuk balik raya...

Kira-kira 200 mahasiswa di Kolej Aminuddin Baki (KAB) dan Kolej Za’ba (KZ) terkandas apabila bas yang dijanjikan untuk membawa mereka ke Kota Bharu tidak muncul. Mereka yang dijadual bertolak pada jam 8.30 malam ini dikatakan telah tertipu dengan membeli tiket bas catar yang diuruskan oleh seorang pelajar di sini.

Menurut sumber, pelajar yang menguruskan bas terbabit dikenali sebagai Suhaimi, orang kuat Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) telah ditipu orang tengah yang menjanjikan 5 buah bas untuk membawa pelajar terbabit pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Dilaporkan hampir RM 20,000 lesap hasil dari kutipan tiket sebanyak RM 94 daripada 200 pelajar untuk perjalanan dua hala.

Melihat reaksi dari kejadian tersebut, rata-rata pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar semester satu. Tinjauan UPSIkini ke tempat kejadian mendapati mereka yang terlibat berasa terkilan dan marah dengan apa yang berlaku.

Kelihatan juga beberapa pelajar menangis sebaik sahaja mengetahui mereka ditipu apabila bas yang sepatutnya mereka naiki malam ini tidak muncul-muncul.

Seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad yang berang dengan apa yang berlaku berkata beliau dan rakan-rakannya begitu kecewa dengan apa yang berlaku dan tidak menyangka perkara sebegini berlaku kepadanya meskipun sering mendengar perkara sedemikian berlaku dalam berita-berita di televisyen dan akhbar apabila menjelang hari raya.

”Nak kata marah tu memang marah la...Selalu dengar dalam tv orang yang kena, kali ini tak sangka kami pula yang kena”, katanya.

Seorang pelajar perempuan yang ditemui pula menangis memikirkan bagaimana untuk pulang berhari raya yang dijangka disambut Ahad ini.

”Wang dah lesap, tak tahu macam mana nak balik, duit dalam bank pun tak cukup nak beli tiket lain, jadi terpaksa juga pinjam ngan kawan tapi itu kalau ada lagi bas, kalau dah tak ada bas macam mana”,katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan KAB turut turun ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku di samping menenangkan pelajar dan cuba mencari jalan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Dalam pada itu, mereka dikatakan telah dijanjikan bas pulang pada esok sekitar jam 2.30 petang. Namun, sumber mengatakan mereka tetap perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan tiket bas tersebut

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pro Kebajikan, saudara Mohd Zulhilmi Mohd Noor yang turut hadir ke tempat kejadian dilaporkan akan mengambil tindakan segera memaklumkan perkara tersebut ke bahagian pengangkutan UPSI bagi mendapatkan bas untuk membantu pelajar yang terbabit pulang.

”Kita memandang serius masalah ini dan akan menghubungi pihak pengangkutan UPSI untuk membantu mereka pulang ke kampung masing-masing dan dalam keadaan begini saya harap pihak universiti dapat memberi bantuan sewajarnya”,jelasnya.

Berikutan itu , satu laporan polis telah dibuat dan dilaporkan pihak polis telah hadir ke tempat kejadian sekitar jam 12.30 malam tadi untuk mengambil keterangan.

SUMBER: http://upsikini.blogspot.com/

Thursday, September 17, 2009

40, 000 dos vaksin H1N1 tiba akhir bulan dpn...

Sebanyak 40,000 daripada 400,000 dos vaksin Influenza A(H1N1) yang ditempah Kementerian Kesihatan dijangka tiba di negara ini akhir bulan depan, kata Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, vaksin tersebut akan diedarkan secara sama rata, namun disebabkan dos yang terhad kementerian akan mendahulukan golongan barisan hadapan seperti doktor dan jururawat selain golongan berisiko tinggi seperti ibu mengandung serta kanak-kanak.

Baki 360,000 dos vaksin pula akan tiba awal Januari tahun depan, katanya.

Liow berkata, kesemua vaksin itu yang bernilai RM14 juta diperoleh daripada syarikat farmaseutikal, GlaxoSmithKline (GSK) yang berpusat di United Kingdom.

Bagaimanapun, katanya kementerian yang sedang dalam proses tempahan vaksin peringkat kedua sedang meneliti beberapa inisiatif dan pengeluar lain bagi mendapatkan harga dan kualiti terbaik.

“Kami perlu membuat tempahan awal dan kami sedang mencari kualiti yang terbaik.

Kami berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumber termasuk dari China dan Taiwan supaya jika berlaku kecemasan, kami dapat memperoleh lebih banyak vaksin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Komuniti Orang Asli Sungai Gapoi di sini malam tadi.

Sumber: Utusan Malaysia, 17 September 2009.

Tuesday, September 15, 2009

Subjek PENDIDIKAN SEKS di sekolah?

GENTING HIGHLANDS 31 Ogos - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangannya kepada kerajaan dalam tempoh terdekat supaya subjek berhubung pendidikan seks di sekolah rendah dan menengah diwujudkan secara lebih formal dan serius.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terlebih dahulu bagi mendapatkan kerjasama mengenainya.

"Seterusnya, saya akan mengemukakan cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet bagi menerangkan kesan baik pendidikan seks kepada golongan muda terutamanya remaja.

"Pendidikan seks berkenaan pernah diusahakan kerajaan sebelum ini, namun ia tidak mendapat sokongan pelbagai pihak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Ambang Merdeka 2009 sempena Hari Kemerdekaan ke-52 di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad, Datuk Anthony Yeo.

Ahmad Shabery berkata, pendidikan seks di kalangan pelajar adalah penting bagi membantu mereka memahami proses pembiakan manusia.

"Mengejutkan apabila ada individu berusia 19 tahun, tetapi langsung tidak tahu apa itu seks dan kesan baik atau buruk aktiviti itu.

"Namun, pendidikan seks ini apabila diwujudkan, perlu dibuat menyeluruh dan maksimum supaya pelajar menerima maklumat lengkap," katanya.

Menurut beliau, pendedahan secara tidak menyeluruh atau terlalu minimum akan mengujakan perasaan ingin tahu yang akhirnya membuatkan pelajar bertindak mencubanya.

Pada masa yang sama, katanya, kajian menyeluruh perlu dibuat terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan termasuk mengetahui tajuk yang sesuai, skop pendidikan dan tenaga pengajar.

Tambahnya, kebanyakan ibu bapa tidak mahu pendidikan seks dilaksanakan bukan kerana berniat menolaknya secara terus.

Tetapi, jelas beliau, mereka bimbang kesan buruk pengajarannya di samping kegagalan pihak tertentu menerangkan bentuk pendidikan seks yang akan diajar.

Gagal PMR, ulang semula Tingkatan 3.....

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Seorang tokoh pendidikan menyarankan supaya pendekatan mengulang tingkatan dilaksanakan semula terhadap pelajar tingkatan tiga yang gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding membenarkan mereka naik ke tingkatan empat secara automatik.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, perkara tersebut merupakan cadangan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan selain membenarkan pelajar meneruskan pelajaran dengan mengambil mata pelajaran vokasional.

''Ia untuk mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga dan kewangan dalam sistem pendidikan negara," jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas surat pembaca di ruangan forum akhbar ini yang meminta kerajaan mengkaji semula dasar yang membenarkan pelajar naik ke tingkatan empat biarpun gagal dalam PMR.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Annuar Syed Mohamad pula berkata, pihaknya memang tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pelajaran melonggarkan syarat ketat untuk naik ke tingkatan empat sebelum ini.

Katanya, sudah tiba masanya sistem itu diteliti semula bagi membolehkan proses penilaian sebenar dilakukan terhadap pelajar.

''Pelajar PMR yang gagal tidak boleh dipaksa naik ke tingkatan empat untuk mengambil mata pelajaran yang tidak diminati kerana ia membuang masa mereka sahaja.

''Sebaliknya, beri pilihan dan peluang kepada pelajar untuk mengikuti mata pelajaran berasaskan kemahiran di sekolah vokasional,'' ujarnya.

Menurut Syed Annuar, memang tidak dinafikan golongan pelajar tersebut juga boleh mendatangkan masalah kepada sekolah, oleh itu kajian segera dasar itu perlu dilakukan demi menjana pembinaan modal insan.

Pandangan sama turut disuarakan oleh tokoh pendidikan, Tan Sri Ainuddin Wahid yang berpendapat kerajaan perlu melihat dan mengkaji semula dasar tersebut.

''Sesebuah sistem peperiksaan diadakan adalah untuk menilai kemampuan dan tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari,'' ujarnya.

Beliau berkata, tidak perlu diadakan peperiksaan sekiranya pelajar hanya mengambilnya tanpa mahu menguasai mata pelajaran tersebut dan sekadar melengkapkan syarat untuk naik tingkatan.

Bantal, selimut kegemaran kuman

TEMPAT tidur merupakan ruang istirehat buat semua orang bagi melepaskan kepenatan selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti. Namun, sejauh manakah ia dipastikan selamat, khususnya dari segi kebersihan?

Sama ada kita sedar atau tidak, kelengkapan tidur seperti bantal, selimut serta cadar merupakan tempat pembiakan sejenis kuman iaitu Dermatophagoides pteronyssinus.

Menurut penulis buku The Secret Life of Germs, Philip Tierno, 10 peratus daripada berat bantal adalah disumbangkan oleh bakteria tersebut yang terhasil daripada debu, sel mati, rambut, peluh, tungau dan pelbagai kotoran lain.

Secara tidak langsung, kuman tersebut akan meningkatkan risiko alahan dan asma terhadap penggunanya.

Pil multivitamin bawa keburukan



SEBAHAGIAN besar pengguna sebenarnya tidak memerlukan pil multivitamin.


PENGAMBILAN pil multivitamin di kalangan jutaan penduduk dunia adalah langkah sia-sia kerana ia sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan kepada kesihatan.

Menurut bekas penasihat pemakanan kerajaan Britain, Brian Ratcliffe, sejumlah RM3.6 bilion dihabiskan dalam pengambilan multivitamin setiap tahun yang sebenarnya sihat dan tidak memerlukan pil tersebut.

Jelasnya lagi, antara keburukan pengambilan pil tersebut seperti minyak ikan sebagai multivitamin ialah ia mampu meningkatkan fenomena tulang rapuh pada masa akan datang kerana pengambilan vitamin A secara berlebihan tanpa disedari.

Kebanyakan pengguna mengambil pil multivitamin kerana kebimbangan tidak berasas terhadap kesihatan mereka serta dipengaruhi oleh iklan pihak farmasi.

Lebih berdisiplin dan yakin!!

Mereka pernah dilarang menyertai silat kerana aktiviti itu dianggap tidak sesuai untuk wanita. Namun, dua gadis berhati waja ini tetap meneruskan minat dalam silat sehingga meraih kejayaan membanggakan.




KEBANYAKAN ibu bapa kurang gemar melihat anak gadis mereka melakukan aktiviti lasak seperti remaja lelaki, apatah lagi jika aktiviti itu melibatkan aksi seperti bergaduh.

Namun, jika dilihat pada satu sisi lain, ilmu mempertahankan diri yang 'kasar' itu merupakan satu warisan seni yang sungguh indah jika didalami dengan landasan yang betul.

Daripada 'bunga', 'langkah' dan 'buah,' kesemuanya menjadikan silat berbeza dengan seni mempertahankan diri yang lain, walaupun tujuannya sama iaitu mempertahankan diri dan mendidik pengamalnya agar lebih berdisiplin.

Hari ini, warisan peninggalan nenek moyang kita itu bukan sahaja dipraktikkan oleh masyarakat tempatan, malah telah berkembang ke luar negara.

Tidak dinafikan silat dan seni mempertahankan diri yang lain lebih sinonim dengan lelaki tetapi tidak bererti ia tidak boleh disertai oleh kaum wanita.

Bagi Nofal Sandra Sofyan, 26, dan Misra Helma Firdaus, 26, tidak ada salahnya wanita menyertai aktiviti itu. Walaupun ia dilihat kasar, namun ia masih lagi sesuai untuk diamalkan oleh golongan wanita.

Biasanya, jika kita mengenali wanita yang aktif dalam seni mempertahankan diri, tubuh mereka agak besar, tegap dan memiliki perlakuan serta tutur kata yang agak kasar. Namun, tidak bagi kedua-dua anak gadis tersebut.


BUNGA dan buah silat sangat indah jika dihayati.


Walaupun aktif bersilat sehingga membuatkan mereka kelihatan gagah dan kasar pada fizikal, namun apabila berbicara, mereka tidak ubah seperti gadis yang memiliki ciri-ciri feminin yang penuh kelembutan.

"Semasa saya kecil, ayah tidak benarkan saya menyertai silat kerana katanya silat tidak sesuai untuk kanak-kanak perempuan.

"Apabila saya menyambung pelajaran di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Shah Alam, barulah saya berpeluang menyertai silat. Ketika tengok latihan silat di dewan kolej, saya terus ajak rakan-rakan menyertainya. Menariknya, semua rakan serumah saya mendaftar. Seramai 15 orang kesemuanya," kata Nofal sambil tersenyum.

Dia memberitahu, jurulatih silat yang mengajar di kolejnya ialah seorang wanita dan kerana itulah dia semakin terdorong untuk menyertainya. Kelab silat di kampusnya diberi nama Gayung Fatani Club (GFC).

Katanya, kesempatan untuk mempelajari seni silat tidak disia-siakan.

Misra pula menyertai GFC lewat sebulan daripada Nofal. Sejak menyertainya, dia menjadi rakan berlatih dan pasangan Nofal dalam pertandingan silat. Mereka pernah menyertai kategori Tempur dalam pertandingan-pertandingan yang disertai.

Motivasi diri

Menurutnya, silat bukan semata-mata mengajar pengamalnya seni mempertahankan diri, malah ia juga menerapkan pelbagai nilai positif yang lain.

"Silat mengajar seseorang menjadi lebih berdisiplin dan menambah keyakinan diri.

"Bukan itu sahaja, ia juga meningkatkan motivasi diri agar lebih maju termasuk mencabar diri melakukan sesuatu yang mungkin dianggap mustahil sebelum ini," katanya yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) dan kini turut memikul tugas sebagai jurulatih silat di universiti tersebut.


NOFAL (kiri) dan Misra kini merupakan tenaga pengajar di GFC.


Misra sebelum ini merupakan pelajar program Diploma Makmal Sains Perubatan di PTPL sebelum melanjutkan pengajian di peringkat ijazah.

Kedua-dua gadis itu mempelajari silat sejak tahun 2005 dan sehingga hari ini, mereka telah menyertai pelbagai pertandingan. Ada di antara pertandingan yang disertai berakhir dengan kejayaan.

"Apa yang menarik, jurulatih kami mempercayai kami sepenuhnya dan memberi kami peluang untuk mencuba walaupun baru menyertainya.

"Pada tahun pertama menyertai silat, kami sudah didedahkan dengan beberapa pertandingan. Terkejut juga mendapat peluang walaupun baru menyertainya," kata Nofal.




Nofal pernah menjadi johan Tempur Kebangsaan pada tahun 2005 dan tempat kedua kategori Silat Melayu, juga pada tahun yang sama.

Dia yang aktif bersukan sejak di bangku sekolah memberitahu, kali pertama menjejakkan kaki ke gelanggang pertandingan, hanya Tuhan yang tahu debaran di hatinya.

Adat bertanding

"Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk bertanding ketika itu. Begitu juga dengan Misra.

"Tetapi syukur, kami dapat melaluinya dengan tenang. Kalah dan menang, itu adat bertanding," kata Nofal.

Menurutnya, menyertai silat bukanlah satu perkara untuk dimegahkan tetapi hanya sebagai kemahiran untuk mempertahankan diri.

"Pertandingan silat yang disertai menjadi salah satu aktiviti tambahan dan kemenangan yang diraih memberi bonus kepada saya," tambahnya.

Misra pula berkata, bukanlah niatnya untuk menunjukkan kekuatan di khalayak, tetapi apa yang dilakukannya itu hanyalah sebagai nilai tambah dalam pencapaian diri sendiri.

"Sebagai seorang perempuan, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak seni mempertahankan diri terutama pada zaman sekarang. Ia boleh dijadikan benteng keselamatan diri dan menghindari sebarang gangguan yang tidak diduga.

"Penjahat sentiasa menjadikan wanita sebagai mangsa, misalnya dalam kes ragut. Ini kerana mereka tahu wanita lemah dan tidak akan melawan.

"Tetapi dengan kemahiran seni mempertahankan diri, kita boleh menghalang perkara seperti itu terjadi," katanya.


WALAUPUN nampak kasar, silat tidak mengubah keperibadian seseorang wanita.


Ditanya apa makna Seni Gayung Fatani, Nofal memberitahu, perkataan seni membawa makna hasil ciptaan indah berteraskan budaya Melayu serantau yang berfaedah kepada fizikal, mental, rohani dan emosi untuk meningkatkan nilai kemanusiaan.

"Gayung pula bermakna silat ataupun pencak sebagai satu ilmu seni bela diri rumpun Melayu.

"Fatani membawa makna kebijaksanaan," katanya lagi.

Nofal juga berkata, selain menjalankan aktiviti silat, GFC turut memberi khidmat aerobik dan seni tari kepada para ahlinya.

"Ahli GFC bukan sahaja menitikberatkan soal latihan silat tetapi kami juga mementingkan pelajaran.

"Jika seorang ahli didapati merosot pelajarannya, latihan akan dikurangkan supaya mereka boleh menumpukan perhatian yang lebih kepada pelajaran," katanya.

Kerajaan perkenal 4 fasa pencegahan H1N1...


TONG LAI memakaikan topeng mulut dan hidung kepada seorang penumpang bas ekspres di Hentian Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kerajaan memperkenalkan empat fasa pencegahan wabak selesema babi (H1N1) yang perlu diambil kira oleh semua pihak semasa musim perayaan termasuk mengarahkan syarikat pengangkutan mengasingkan penumpang yang memiliki gejala penyakit serupa influenza (ILI) ke tempat duduk agak jauh daripada penumpang lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah tersebut diperkenalkan bagi mengelak penularan H1N1 menjelang musim perayaan kerana orang ramai akan berkumpul beramai-ramai sekali gus meningkatkan risiko penularan pandemik tersebut.

Menurut beliau, dalam fasa pertama iaitu sebelum balik kampung, orang ramai dikehendaki memilih kenderaan untuk pulang sama ada kenderaan awam atau kenderaan sendiri manakala fasa kedua semasa dalam perjalanan membabitkan pengangkutan awam.

“Bagi golongan berisiko tinggi dan memiliki gejala ILI, mereka dinasihatkan memilih kenderaan sendiri dan sekiranya menggunakan kenderaan awam, mereka perlu memakai topeng mulut bagi mengelak jangkitan kepada orang lain.

“Syarikat pengangkutan mesti menyediakan topeng mulut dan hidung kepada penumpang yang mempunyai gejala ILI malah orang awam juga digalakkan sentiasa membawa topeng mulut dan hidung serta pencuci tangan,” katanya kepada pemberita selepas kempen Hari Raya Tanpa H1N1 di Hentian Bas Jalan Duta di sini semalam.

Lihat sejadah berdiri 8 jam.....


SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.


GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.


Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.

Monday, September 14, 2009

Menjana pendapatan....

MENCUBA LEBIH BAIK DARI TERUS BERFIKIR
TANPA SEBARANG KEPUTUSAN

Salam sejahtera sekali lagi buat ANDA yang budiman, sebelum ANDA menganggap berita ini tidak munasabah, SAYA cadangkan supaya ANDA membacanya terlebih dahulu.
Selamat datang ke laman informasi kewangan rakyat Malaysia SAYA ucapkan. Tidak kira apa status, keturunan, umur & warganegara, ANDA berpeluang merebut pendapatan yang lumayan ini.
Percayalah !!!. Sebulan yang lalu, SAYA sedang melayari news groups dan blog seperti ANDA sekarang ini & menjumpai artikel seperti ini yang mengajak SAYA melabur hanya RM250 sahaja untuk mendapatkan pulangan beribu ringgit!!

Selepas SAYA meminta pandangan beberapa orang rakan & memikirkan semula risiko yang ada, SAYA membuat keputusan untuk mencubanya. Tiada apa yg merugikan SAYA. Dalam tempoh 3 hari, akaun bank SAYA mula dipenuhi WANG!!! SAYA betul-betul terkejut. Saya hanya mendaftarkan 4 orang sebagai downline saya dan saya melihat bank saya terdapat RM 260!!! Ini bermakna wang yang telah saya labur telah saya dapatkan kembali dan juga mendapat keuntungan RM 10...Itupun baru 4 orang.. Jika 10? 15? 20? RAMAI YANG YAKIN MENYERTAI PROFRAM INI, DI SINI SAYA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH!!!
BAGAIMANA IA BERFUNGSI

SAYA akan terangkan bagaimana ia berfungsi dan yang lebih penting kenapa ia berfungsi sebegitu. SAYA pasti, jika ANDA mengikuti langkah-langkah yangtelah diatur dalam artikel ini, ANDA akan mula menerima hasilnya sebelum habis penghujung minggu ini. Anggaplah program ini sebagai satu peluang keemasan untuk ANDA.
Sekiranya ANDA JUJUR, IKHLAS & RAJIN mempromosikan program ini, anda akan memperolehi ganjaran yang amat besar, bersesuaian dengan usaha yang anda curahkan, malah tidak mustahil lebih dari itu. Jika ANDA tidak menyertainya, kerugian akan sentiasa berada di pihak ANDA. Tambahan pula, program ini mementingkan TEAMWORK!!! Jadi upline akan sentiasa memberi bantuan dan motivasi kepada mereka yang merasakan program ini susah untuk dijalankan...

Firman Allah SWT bermaksud,
Iblis & syaitan menakutkan manusia dengan kerugian & kepapaan supaya jangan menderma untuk kebaikan...! !!


Baca & fahamkan arahan sebelum ANDA menyertainya supaya tidak berlaku penganiayaan kepada peserta lain secara tidak sengaja
.

Untuk keterangan lanjut, hubungi saya melalui email seperti yang terdapat pada blog ini atau alamat email yahoo (apek87srwk@yahoo.com) atau anda boleh hubungi dan SMS kepada saya (019-4605563)....